Bagi Perdana Menteri, waktu menikmati makan malam bersama keluarga adalah amat penting. Kelapangan untuk bersama keluarga kini semakin jarang, tetapi sekali dua dalam seminggu, beliau akan berusaha untuk makan bersama keluarga.
Beliau gemar makanan Jepun, tetapi sejak kebelakangan ini, tidak mudah bagi beliau menikmati makan malam
di luar dengan tenteram. Beliau yang dibesarkan di Pulau Pinang, amat gemar mencuba pelbagai jenis
makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Dan adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi.
Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah ‘Julius Caesar’
Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya,
yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Razak.
Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri PM ialah peristiwa 9/11, yang
telah mendorong beliau untuk
memperjuangkan fahaman Islam
yang sederhana.
PM sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan.
Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman yoga atau meluangkan masa bersama cucu-cucu beliau.
Beliau gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My
Fair Lady’ antara yang paling diminatinya
– serta seniman klasik seperti Nat King
Cole. PM juga mempunyai alat I-pod Nano.
Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.
. |