Bahasa Malaysia | English  
Economy Law & Order Educing Corruption and Improving Governance
Balanced Development Public Services Foreign Policy
Education Region, Uniy Barisan Nasional
 
Mempamerkan kepimpinan yang mantap dalam pertubuhan antarabangsa seperti Pergerakan Negara-negara Berkecuali
(NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Menjadi tuan rumah pertama bagi Pertemuan Kemuncak Asia Timur, yang menjadi platform bagi kerjasama yang lebih erat antara ASEAN dengan China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, dan New Zealand
Menerokai pasaran baru dan merangsang hubungan perdagangan dan pelaburan melalui lawatan rasmi pemimpin tertinggi negara. Dagangan dengan kesemua rakan dagangan utama menunjukkan
peningkatan ketara; peningkatan terbesar dengan negara China (meningkat 65%), negara-negara OIC (54%), dan ASEAN (29%)
Memperkukuh suara Malaysia di arena antarabangsa dengan memperjuangkan isu ekonomi dan sosial negara-negara membangun
Membantah ketidakadilan di peringkat antarabangsa, khususnya pencerobohan Israel ke atas Palestin
Meningkatkan peranan NAM, khususnya melalui penubuhan Institut NAM bagi Memperkasa Wanita dan Jaringan Berita NAM
Menekankan peranan ekonomi OIC melalui Program Bina Upaya bagi mengurangkan kemiskinan, dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan melalui World Islamic Economic Forum
Memainkan peranan utama dalam menggalakkan dialog antara dunia Islam dan Barat
Melaksanakan usaha berterusan bagi memupuk kerjasama, keamanan dan kestabilan ASEAN
 
 
Meneruskan peranan secara aktif, berprinsip dan berkecuali dalam hubungan antarabangsa
Meningkatkan rangkaian perdagangan dan pelaburan
Memajukan agenda ekonomi OIC melalui program-program bina upaya di negara-negara Islam yang kurang membangun
Menggalakkan kerjasama strategik antara Barat dan dunia Islam untuk memajukan agenda ekonomi di bawah Deklarasi Makkah 2005
Meneruskan usaha pembinaan persefahaman antara masyarakat Islam dan dunia Barat melalui dialog yang berterusan
Memberi sumbangan ke arah agenda membangunkan negara-negara termiskin