Bahasa Malaysia | English  
Economy Law & Order Educing Corruption and Improving Governance
Balanced Development Public Services Foreign Policy
Education Region, Uniy Barisan Nasional
 
 
MERINGANKAN BEBAN
KENAIKAN HARGA BARANG
   
Membelanjakan RM16.2 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas serta RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri dan penjanaan elektrik (2007)
Membelanjakan RM9.2 bilion untuk elbagai
subsidi lain antaranya merangkumi baja, tol
hinggalah kepada baucer tuisyen (2007)
Membelanjakan RM331 juta untuk subsidi tarif eletrik pada tahun 2006 dan 2007
Mengekalkan kawalan harga barang keperluan asas
Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah
Meluaskan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah
Mengekalkan bayaran perkhidmatan klinik kerajaan pada kadar RM1
Membina lebih banyak rumah kos rendah; mengekalkan sewa pada kadar RM100-300 sebulan
Mengurangkan kos membeli rumah sehingga RM2,000 dengan memotong duti setem
Menurunkan kadar Cukai Jalan
 
 
 
MENINGKATKAN
PENDAPATAN BERSIH
   
Menaikkan gaji dan Elaun Sara Hidup (COLA) kakitangan awam, polis dan tentera yang kesemuanya berjumlah RM8 bilion setahun
Menaikkan elaun khas sehingga RM1,500 untuk guru-guru dan pembantu guru yang berkhidmat di luar bandar berjumlah RM187 juta setahun
Dividen lebih tinggi daripada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja/Bank Rakyat/Lembaga Tabung Angkatan Tentera/Lembaga Tabung Haji/Permodalan Nasional Berhad hasil usaha pengukuhan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan ekonomi yang memberangsangkan
Pengecualian cukai bagi pembelian buku ditingkatkan dari RM700 ke RM1,000 setahun
Memberi pengecualian cukai sehingga RM4,000 untuk setiap anak yang belajar di institusi pengajian tinggi
 
 
 
MEMASTIKAN TIADA
YANG TERPINGGIR
   
Memperuntukkan elaun bulanan sekolah untuk 1.5 juta pelajar yang layak diberikan bantuan
Menaikkan kadar maksimum bantuan bulanan dari RM350 ke RM450 bagi setiap keluarga miskin
Menganugerahkan biasiswa secara automatik kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang SPM daripada kalangan keluarga berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi
Menggandakan elaun bulanan pelajar kurang upaya dari RM25 ke RM50
Menaikkan elaun bulanan pekerja kurang upaya dari RM200 ke RM300
Memberi pengecualian cukai sebanyak RM5,000 untuk setiap anak kurang upaya
Menaikkan paras pengecualian cukai untuk pembayar cukai kurang upaya dari RM5,000 ke RM6,000
Mengeluarkan tambahan bon sebanyak RM2 bilion untuk pesara
Mengeluarkan bon Merdeka sebanyak RM1.75 bilion untuk pesara
Membuat bayaran saguhati antara RM200 ke RM400 kepada 542,000 pesara
Menaikkan bantuan bulanan warga tua dari RM135 ke RM200
 

 
Berita Utama
Kerajaan lulus dasar jual rumah PPR
Terus bina rumah mampu milik
Rakyat sambut baik program penjualan rumah PPR
Pekebun hargai peranan Barisan Nasional
Cukai tertunggak RM76 juta akan lupus