Bahasa Malaysia | English  
In the News
Februari 28, 2008
Kesesakan jalan raya WPI selesai 2010

Masalah kesesakan lalu lintas bandar raya ini dan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2010 apabila kerajaan melaksanakan pelbagai projek membina dan menaik taraf jalan raya bernilai RM4.9 bilion.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, menerusi peruntukan yang diluluskan kerajaan baru-baru ini, sebanyak 18 projek berkaitan telah siap dan sebahagiannya sedang dalam pembinaan.

''Sebahagian besar projek itu telah siap manakala bakinya masih dalam pembinaan dan pada keseluruhannya menjelang 2010, segenap warga bandar raya ini akan menikmati kemudahan dan jalan raya yang selesa," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Abdul Ghani berkata, antara projek berkenaan ialah Persimpangan Pandan bagi menghubungkan Johor Bahru-Kota Tinggi yang melibatkan kos RM60 juta dan pembinaan Jalan Skudai-Johor Bahru dengan kos RM47 juta. berita penuh

Berita Terkini
PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan
Rekod BN terbukti -- Beri semula mandat demi masa depan keluarga – Abdullah
Persiapan mengundi lancar
Anwar terdesak -- Penasihat PKR sanggup cemar imej negara sendiri di Singapura
Batal guna dakwat tepat – Najib
Anwar tidak bertanggungjawab – Abdullah
Sokong SPR batal dakwat
Perdana Menteri di landasan yang betul
Akur keputusan SPR – PM
Guna dakwat dibatal -- Ada pihak beli dari luar negara rancang calit kuku pengundi – SPR
Jangan terikut-ikut sentimen tukar kerajaan
Projek LRT Sri Petaling-Puchong hujung tahun
Iklan Terbaru
Get the FULL STORY on the top Issues
Februari 28, 2008
Mengapa Harga Barangan Meningkat?
Bahan mentah sedunia – dari komoditi pertanian, minyak mentah, hinggalah logam – telah mencapai harga tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini berita penuh
 
DAP mendakwa mereka boleh mendapatkan 100,000 anggota polis dengan segera untuk memerangi jenayah. Mengapa Kerajaan BN tidak melaksanakan langkah ini?
Pelaksanaan mestilah tepat dan betul
 
Mengapa pihak Polis tidak membenarkan permit kepada kumpulan BERSIH dan HINDRAF?
Proses mendapatkan permit perhimpunan boleh dilakukan oleh mana-mana pertubuhan yang berdaftar. Dalam kes ini, BERSIH dan HINDRAF bukan persatuan atau pertubuhan yang berdaftar.