Bahasa Malaysia | English  
Keadaan jenayah kerap diperkatakan. Apakah tindakan Kerajaan BN bagi menangani isu ini?

Meningkatkan liputan polis, memastikan keselamatan awam

Kerajaan BN telah mula menangani isu ini dari dahulu lagi dengan mengambil beberapa langkah awalan, termasuk mensyorkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja Bagi Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis. Berpandukan saranan Suruhanjaya tersebut, peruntukan sejumlah RM8 bilion telah disalurkan kepada PDRM di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 bagi pembiayaan pelbagai usaha penambahbaikan. Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding peruntukan Rancangan Malaysia Ke-8.

Inisiatif penambahbaikan PDRM tersebut kini menumpu kepada peningkatan liputan aktiviti polis bagi mencegah aktiviti jenayah:

  • Lebih banyak balai polis dan pengkalan rondaan telah dibuka, banyak lagi akan disediakan
     
  • Usaha pengambilan rekrut kian meningkat bagi menambah seramai 60,000 anggota polis menjelang 2010
     
  • Tempoh khidmat anggota polis yang sudah atau baru pencen dilanjutkan bagi mengatasi kekurangan dengan kadar segera
     
  • Jumlah rondaan ditingkatkan di kawasan yang mempunyai kadar jenayah tinggi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu
     
  • Lebih banyak CCTV akan dipasang bagi menyokong operasi rondaan, terutamanya di kawasan kadar jenayah tinggi