Bahasa Malaysia | English  

Sejak kebelakangan ini, timbul lebih banyak perhimpunan dan tunjuk perasaan. Apakan yang sedang berlaku kepada keamanan dan kestabilan negara ini?

Malaysia pada dasarnya aman dan selamat

Rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang terus menjalani kehidupan seharian seperti yang telah mereka lakukan berdekad lamanya. Gangguan awam amat jarang berlaku. Tiada sebarang pengisytiharan darurat ataupun kawalan tentera dikenakan setelah sekian lama. Pada dasarnya, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan selamat.

Semakin matang pikiran penduduk Malaysia, semakin banyak perbezaan pendapat yang akan wujud. Pendapat-pendapat yang berbeza ini akan disuarakan menerusi pelbagai saluran, termasuklah ceramah umum, penerbitan bercetak dan internet. Dalam kes-kes tertentu, ada juga yang akan memilih untuk mengadakan perhimpunan ataupun tunjuk perasaan.

BN bersedia untuk mendengar dan menghormati setiap pandangan yang berbeza, kerana ini adalah salah satu teras demokrasi. Pandangan-pandangan yang berbeza ini, sekiranya disuarakan secara adil dan produktif, berupaya menimbulkan perspektif baru serta penyelesaian yang lebih baik kepada cabaran-cabaran yang dihadapi Negara. Bagaimanapun, BN tidak akan sama sekali membenarkan demonstrasi yang mungkin menimbulkan kebencian atau keganasan. Kerosakan yang mungkin timbul bukan sekadar terhad kepada gangguan ketenteraman awam, malahan mungkin juga merebak dan melahirkan ketegangan dan syak wasangka di kalangan golongan yang berbeza.

Kerajaan kepimpinan BN akan terus menangani dan menjawab segala kekhuatiran serta aspirasi penduduk Malaysia dengan perlantikan wakil dan perbincangan dengan semua komuniti yang terlibat. Kerajaan pimpinan BN akan terus berkerjasama dengan rakyat, untuk kepentingan rakyat.