Bahasa Malaysia | English  

Mengapa pihak Polis tidak membenarkan demonstrasi oleh kumpulan BERSIH dan HINDRAF?

Ketenteraman awam faktor utama

Proses mendapatkan permit boleh dilakukan oleh mana-mana pertubuhan yang berdaftar. Dalam kes ini, BERSIH dan HINDRAF bukan persatuan atau pertubuhan yang berdaftar. Tanpa status pertubuhan yang sah, adalah sukar untuk meletakkan tanggungjawab kepada mana-mana pihak atau individu sekiranya perhimpunan tersebut menjadi tidak aman atau tidak terkawal.

Pertubuhan yang berdaftar dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang tertutup supaya ia tidak mengganggu pergerakan trafik dan ketenteraman awam. Syarat ini adalah penting terutamanya apabila pihak perancang perhimpunan menyasar untuk melibatkan beribu-ribu orang.