Bahasa Malaysia | English  

Mengapa Harga Barangan Meningkat?

Bahan mentah sedunia – dari komoditi pertanian, minyak mentah, hinggalah logam – telah mencapai harga tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini

Kepesatan pembangunan ekonomi negara-negara besar seperti China dan India telah menyumbang kepada kenaikan permintaan bahan mentah secara mendadak. Pada masa yang sama, pengeluaran bahan mentah ini kerap terganggu akibat cuaca buruk, kehausan sumber dan ketidakstabilan geopolitik.

Gabungan permintaan yang tinggi serta pengeluaran yang menurun tersebut mengakibatkan harga bahan mentah meningkat di seluruh dunia. Keadaaan ini seterusnya menyebabkan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang berkaitan.  Fenomena ini dirasai oleh penduduk di seluruh dunia.

Peningkatan harga barang di Malaysia tidak setinggi peningkatan di negara-negara lain. Walaubagaimanapun, bagi mengurangkan kesan kenaikan harga sedunia terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan BN telah mengambil pelbagai langkah seperti mengekalkan harga barangan terkawal seperti beras, tepung dan petrol pada tahap yang rendah. Kerajaan BN juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ekonomi negara berkembang pesat supaya kadar pengangguran dikekalkan pada tahap rendah.