Bahasa Malaysia | English  
Prestasi perangi rasuah tahap berjaya

KUALA LUMPUR 6 Mac – Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Ahmad Said Hamdan berpuas hati atas kejayaan yang dicapai kerajaan Malaysia dalam usaha memerangi jenayah rasuah di negara ini.

Menurut beliau, sejak 2003 hingga 2007, isu melibatkan rasuah menunjukkan perubahan positif hasil kempen dan sokongan kerajaan terhadap badan itu dalam membanteras gejala tersebut.

Jelasnya, kejayaan itu boleh diukur melalui jumlah laporan rasuah daripada orang ramai, bilangan tangkapan selain komitmen kerajaan memberi peruntukan besar kepada BPR dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Laporan kes rasuah meningkat 25 peratus pada 2007, ia membuktikan usaha kerajaan menyedarkan orang ramai mengenai keburukan rasuah mencapai matlamat.

“Jumlah tangkapan melibatkan kes-kes rasuah pada tahun 2007 pula meningkat 72 peratus iaitu 546 tangkapan manakala sabitan di mahkamah meningkat 76 peratus pada tahun sama,” katanya di sini hari ini.

sumber: Utusan