itmen kerajaan Barisan Nasional (BN)
dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat di negara ini
akan berterusan selagi ada mandat daripada rakyat.
Katanya, sebagai kerajaan pilihan rakyat, sudah pasti semua kebajikan
akan dijaga oleh BN bagi menjamin keselesaan pembeli yang berpendapatan
rendah.
Bagi menjamin keselesaan golongan berpendapatan rendah, katanya,
kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) diberi tanggungjawab
untuk mendirikan lebih banyak rumah mampu milik dan rumah mesra
rakyat.
“Sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, kita
akan berusaha untuk memberi segala kemudahan yang diperlukan lebih-lebih
lagi berkaitan dengan rumah mampu milik,” katanya semasa berucap
pada majlis serah kunci rumah Taman Sejahtera di Telok Air Tawar
di sini hari ini.
sumber: Utusan |