Bahasa Malaysia | English  
Pelajar Penan dapat biasiswa kecil Petronas

LONG BADIAN (BARAM) 5 Mac – Ketika kempen pilihan raya umum menghampiri kemuncaknya, Petronas tidak melupakan tanggungjawab sosialnya dalam pembangunan pendidikan negara.

Terbaru, Petronas memberikan biasiswa kecil kepada 10 pelajar Penan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi, SMK Long Lama, SMK Tutoh Apoh, SMK Bario, SMK Bakong dan SMK Bintulu.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak, Mosir Hamid berkata, ia meliputi wang saku, pembayaran yuran persekolahan dan asrama, perbelanjaan buku-buku serta elaun lain.

‘‘Ia sebahagian tanggungjawab warga korporat kepada masyarakat khususnya dalam pembangunan pendidikan kaum Penan di Sarawak,” katanya pada majlis penyerahan biasiswa kecil Petronas di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Badian di sini semalam.

Menurut Mosir, Petronas juga mempertimbangkan untuk meneruskan pemberian biasiswa kecil pelajar Penan tersebut pada masa akan datang.

‘‘Ini pertama kali kita berikan biasiswa kecil khusus untuk kaum Penan di Sarawak. Mungkin kita akan teruskan pada masa akan datang,” katanya.

sumber: Utusan