KOTA TINGGI 4 Mac – Kerajaan akan terus memantapkan lagi bidang pendidikan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara pada masa depan.
Calon BN Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ia termasuk melengkapkan ilmu dan kemahiran golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin dan meneruskan kemakmuran negara pada masa akan datang.
“Untuk mencapai kecemerlangan tersebut, pelajar perlu sentiasa bersedia dan mampu menghadapi pelbagai cabaran.
“Segala kemajuan dalam bidang pendidikan yang dikecapi hari ini adalah iltizam politik diterajui oleh pemimpin yang bijaksana untuk menjadikan rakyat berjaya dalam pendidikan,” katanya.
sumber: Utusan |