Bahasa Malaysia | English  
Laman web PM dapat sambutan

PUTRAJAYA 4 Mac – Laman web khas, www.warkahuntukpm.com.my yang membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meneliti pandangan dan masalah rakyat secara peribadi mendapat sambutan luar biasa, meskipun baru tiga hari dilancarkan.

Setakat hari ini, sebanyak 2,500 mesej diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk rakyat Malaysia di luar negara membabitkan pelbagai isu-isu penting antara lainnya pendidikan, jenayah, harga barang dan imigresen.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sehingga semalam, orang Melayu paling ramai memberikan pandangan iaitu 1,056 orang, diikuti Cina (815) dan India (294) dengan sebanyak 76.9 peratus memberikan cadangan sangat positif, negatif (12.43) peratus, manakala mesej neutral (10.2 peratus).

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi memaklumkan mengenai sambutan orang ramai terhadap laman web tersebut di sini hari ini.

sumber: Utusan